Skip to main content

Kelebihan memberi Salam..

Assalamualaikum warahmatullah…
apa khabar abang-abang,adik-adik dan juga kakak-kakak sekalian…
moga sentiasa dibawah keredhaan,keberkatan dan naungan ALLAH subhanahu wata’ala…
ana akan menceritakan kelebihan memberi salam melalui hadith berikut…
Iblis menangis bila orang memberi salam…
Sabda Nabi: “Orang2 yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri”
Sabda Rasulullah saw: “Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga”.
Sabda Rasulullah SAW.:”Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia.”
Lalu bertanya pula sahabat: “Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?”
Sabda Rasulullah saw: “Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg memberi makan, bagi orang yg selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.”
Bertanya para sahabat: “Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?
“Sabda Rasulullah saw.:”Akan aku terangkan kepada kamu semua:
1. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.
2. Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.
3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.
4. Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.
Sabda Rasulullah saw:”Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab.”
Ibnu Abbas ra berkata: “sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh: “Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya”.
Adab memberi dan menjawab salam
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (an-Nisa’: 86)
Huraian
Islam telah membawa ucapan salam yang tersendiri yang membezakan masyarakat Islam daripada masyarakat yang lain. Ucapan salam ini merupakan antara ciri masyarakat Islam yang sangat unik, menarik dan tersendiri yang tidak akan larut atau hilang dalam ciri-ciri masyarakat yang lain. Perbuatan berbalas-balas salam ini merupakan satu perbuatan yang amat mulia dalam Islam. Ucapan salam yang dilafazkan ketika berjumpa antara sesama muslim sunat hukumnya manakala orang yang menerima salam wajib menjawab salam tersebut.
Islam juga menganjurkan umatnya sentiasa memberi salam ketika bertemu tanpa menetapkan hari atau masa yang khusus untuk memberi salam. Ringkasnya, ucapan salam itu boleh diucapkan pada bila-bila masa sahaja apabila bertemu antara sesama muslim.
Islam juga menyeru umatnya supaya menjawab salam dengan ungkapan yang lebih baik daripada orang yang memberi salam.
Ungkapan yang lebih baik selalunya akan mudah mengikat hati yang keras menjalin persaudaraan yang ikhlas dan mesra ketika mewujudkan perkenalan di antara mereka yang belum kenal dan mengukuhkan lagi hubungan antara mereka yang telah sedia terjalin hubungannya.
Kesimpulan
Islam menganjurkan umatnya memberi salam tatkala bertemu sesama mereka. Perbuatan itu walaupun sunat hukumnya tetapi amat mulia dan besar ganjaran pahalanya berbanding perbuatan menjawab salam yang hukumnya adalah wajib. Islam juga menggalakkan umatnya supaya menjawab ucapan salam dengan ungkapan yang lebih baik dan sempurna.

Comments

Popular posts from this blog

bertabahlah.. Allah itu sentiasa di sisimu

Umrah 2023 with my family (Mak, Abah, Abang Sulong, Saya dan Adik Bongsu)

Rabu malam 01/3/2023 (09 Syaban 1444H) Bermula dengan perjalanan dari Nilai 3 ke airport klia2. Waktu ni perasaan rasa bercampur baur. Alhamdulillah Allah campakkan perasaan tenang walaupun berdebor dengan apa yang Allah nak tarbiyah di sana. Alhamdulillah sampai di klia 2 pada pukul 11.30 pm. Angkat luggage semua and then dengar briefing dari agen AET Travel Umrah. Khamis pagi 02/3/2023 (10 Syaban 1444H) Perjalanan naik flight bermula dari 12.30am hingga 4.30am. Alhamdulillah naik flight dengan selamat. Tepat 4.30 am flight naik ke langit. First day puasa sunat 9 syabaan di bumi Saudi Arabia (rasa panjang sikit masa, apa2 pun Alhamdulillah ala kulli hal). Dalam perjalanan keep berdoa moga Allah kuatkan untuk lalui setiap apa yang berlaku di sana. Alhamdulillah sampai ke Madinah pada jam 8.54am (masa Arab Saudi) king abdul aziz dengan suhu 27°. Kami tunggu bas agak lama di airport. Lebih kurang 2 jam ada rasanya. Then kami bergerak dari airport ke hotel lebih kurang 5 jam. Kami berhent

Kubaca Firman Persaudaraan