Skip to main content

Umrah 2023 with my family (Mak, Abah, Abang Sulong, Saya dan Adik Bongsu)

Rabu malam 01/3/2023 (09 Syaban 1444H)

Bermula dengan perjalanan dari Nilai 3 ke airport klia2. Waktu ni perasaan rasa bercampur baur. Alhamdulillah Allah campakkan perasaan tenang walaupun berdebor dengan apa yang Allah nak tarbiyah di sana. Alhamdulillah sampai di klia 2 pada pukul 11.30 pm. Angkat luggage semua and then dengar briefing dari agen AET Travel Umrah.


Khamis pagi 02/3/2023 (10 Syaban 1444H)

Perjalanan naik flight bermula dari 12.30am hingga 4.30am. Alhamdulillah naik flight dengan selamat. Tepat 4.30 am flight naik ke langit. First day puasa sunat 9 syabaan di bumi Saudi Arabia (rasa panjang sikit masa, apa2 pun Alhamdulillah ala kulli hal). Dalam perjalanan keep berdoa moga Allah kuatkan untuk lalui setiap apa yang berlaku di sana. Alhamdulillah sampai ke Madinah pada jam 8.54am (masa Arab Saudi) king abdul aziz dengan suhu 27°. Kami tunggu bas agak lama di airport. Lebih kurang 2 jam ada rasanya. Then kami bergerak dari airport ke hotel lebih kurang 5 jam. Kami berhenti solat jamak takdim zuhur di rnr dan berhenti makan di situ. Kemudian sambung perjalanan hingga waktu maghrib. Alhamdulillah akhirnya sampai juga hotel setelah sekian lama kami berada di atas bas. Kami turunkan luggage dan barang kemudian berkumpul di ruang makan. Setelah lama menanti untuk kami makan, kami 5 beranak meneruskan perjalanan ke Masjid Nabawi untuk solat maghrib dan isyak di sana. After isyak baru kami makan di ruang yang disediakan. Masakannya enak la juga walaupun versi jawa sumatera gitu. (Dalam hati berdoa, Ya Allah sedapkanlah kami makan dan berikanlah kami tenaga untuk beribadah kepadaMu ya Allah). 


Jumaat 03/3/2023 (11 Syaban 1444H)

Pukul 4.15 am kami bergerak ke masjid nabawi, qiam dan subuh di sana. Lepas subuh kami bekpes kemudian berkumpul untuk ziarah kawasan masjid nabawi.

ZIARAH 1
Ziarah Masjid Nabawi dalam, Menziarahi Perkuburan Baqi'

Di bawah Kubah hijau ada maqam Rasulullah s.a.w. , maqam Abu Bakar dan maqam Umar Abd Khattab. Dulunya bilik Aisyah, isteri Rasulullah s.a.w. (Rumah Rasulullah s.a.w. dan Aisyah). 

- Subuh di Masjid Nabawi, bacaan surah as sajadah.

"Jika anak Adam membaca ayat sajadah lantas sujud, maka menyingkirlah syaitan sambil menangis dan berkata, "celakalah diriku, ia (anak adam) diperintahkan sujud dan ia patuh lalu sujud, maka baginyalah syurga. Sedang aku sendiri diperintahkan untuk bersujud namun aku menolak, maka untukku neraka." HR Muslim

BERKUNJUNG KE SAQIFAH BANI SA'IDAH 

- Saqifah bani sa'idah adalah tempat dimana Abu Bakar di baiah. Selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. Dakwah Rasululullah s.a.w. diwarisi oleh para sahabat. Waktu kewafatan Rasulullah s.a.w. Umar tidak percaya dengan berita tersebut. Abu Bakar yang menenangkan Umar. Para sahabat memakamkan Rasulullah selama 3 hari. Isnin Rasulullah wafat, hari rabu baru dimaqamkan. Mereka memilih khalifah kemudian Rasulullah dimaqamkan pada hari rabu. 

JUMAAT DI MAJSID NABAWI

- Masjid Ghamamah tempat di mana Rasulullah minta hujan bersama para sahabat. Ghamamah maksudnya mendung. Setelah solat, hujan turun. Masjid Ghamamah di mana mereka pulang melaksanakan solat sunat istisqa' (solat minta hujan) lalu mendung dan hujan. 

Masjid Ghamamah, Masjid Abu Bakar,
Masjid Ali, Masjid Sakifah,
Mutawif : Ust Abdullah

Balik hotel prepare utk solat jumaat.


Sabtu 04/3/2023 (12 Syaban 1444H)

- Pergi raudhah bersama jemaah umrah team aet.

- "Di antara rumahku dan mimbarku adalah raudhah (taman) dari taman-taman syurga, dan mimbarku berada pada telagaku (telaga kautsar). HR Bukhari 

- banyakkan berdoa sebab doa mustajab.

- perasaan waktu tu rasa macam ada Rasulullah s.a.w.

- Pastu kita ucap salam dan berselawat pada Rasulullah, 'Assalamualaika Ya Rasulullah'. 

PERASAAN BILA BERADA DI RAUDHAH

- ptg lepas asar pergi pasar bawah tanah.

- beli jubah, kurma, kacang gajus, kacang pistachio, kismis.

- malam teman abelong jumpa lecturer dia sambil makan ais krim ajwa.



Ahad 5/3/2023

ZIARAH 2 
MASJID QUBA + TELAGA IZZIQ
MELONTAR DI LADANG KURMA
LALU QIBLATIN DAN BERHENTI DI JABAL UHUD

MUTAWIF : UST ABDULLAH

Comments

Popular posts from this blog

bertabahlah.. Allah itu sentiasa di sisimu

Kubaca Firman Persaudaraan