Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Lima kewajipan seorang Muslim...

PADA satu kesempatan Rasulullah s.a.w. bersabda: Seorang Muslim mempunyai lima kewajipan atas Muslim yang lain, iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazahnya ke kuburan, memenuhi undangan dan jika bersin mengucapkan Alhamdulillah. Ada yang menganggap nasihat-nasihat yang baginda berikan adalah perkara biasa sahaja, padahal jika dikaji dan diselidiki satu-persatu, kita akan mendapati nasihat-nasihat tersebut sangat berfaedah bagi suatu kehidupan bermasyarakat. 1. MENJAWAB SALAM Jika ada seseorang memberi salam, kadang-kadang begitu sahaja kita menjawabnya dan bahkan ada yang hanya menganggukkan kepala sahaja. Seolah-olah ia merasakan mempunyai martabat yang lebih tinggi dan orang yang memberi salam mempunyai martabat yang lebih rendah. Rasulullah s.a.w. menjawab salam, bukan sekadar ucapan `wa alaikumus salam’ yang keluar dari mulut baginda tetapi baginda mengucapkannya dalam bentuk doa dengan harapan “semoga orang itu memperoleh keselamatan”,

Kelebihan memberi Salam..

Assalamualaikum warahmatullah… apa khabar abang-abang,adik-adik dan juga kakak-kakak sekalian… moga sentiasa dibawah keredhaan,keberkatan dan naungan ALLAH subhanahu wata’ala… ana akan menceritakan kelebihan memberi salam melalui hadith berikut… Iblis menangis bila orang memberi salam… Sabda Nabi: “Orang2 yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri” Sabda Rasulullah saw: “Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga”. Sabda Rasulullah SAW.:”Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia.” Lalu bertanya pula sahabat: “Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?” Sabda Rasulullah s