Skip to main content

Lima kewajipan seorang Muslim...

PADA satu kesempatan Rasulullah s.a.w. bersabda: Seorang Muslim mempunyai lima kewajipan atas Muslim yang lain, iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazahnya ke kuburan, memenuhi undangan dan jika bersin mengucapkan Alhamdulillah.
Ada yang menganggap nasihat-nasihat yang baginda berikan adalah perkara biasa sahaja, padahal jika dikaji dan diselidiki satu-persatu, kita akan mendapati nasihat-nasihat tersebut sangat berfaedah bagi suatu kehidupan bermasyarakat.

1. MENJAWAB SALAM
Jika ada seseorang memberi salam, kadang-kadang begitu sahaja kita menjawabnya dan bahkan ada yang hanya menganggukkan kepala sahaja. Seolah-olah ia merasakan mempunyai martabat yang lebih tinggi dan orang yang memberi salam mempunyai martabat yang lebih rendah.
Rasulullah s.a.w. menjawab salam, bukan sekadar ucapan `wa alaikumus salam’ yang keluar dari mulut baginda tetapi baginda mengucapkannya dalam bentuk doa dengan harapan “semoga orang itu memperoleh keselamatan”, maka Allah s.w.t. akan mengembangkan keselamatan ke atas orang itu dan dengan sendirinya ia akan terpelihara daripada keburukan. Ini kerana orang yang berdoa dengan hati yang benar tidak akan memberi pengaruh yang bertentangan. Dan kalau hal ini direnungkan, maka didapati bahawa dengan ucapan wa alaikumus salam, seseorang tidak akan terfikir untuk melakukan keburukan ke atas orang yang memberi salam kerana jika ia berbuat demikian ia adalah orang munafik.

2. MENZIARAHI ORANG SAKIT
Menjadi kebiasaan kita iaitu menjenguk orang sakit, tetapi tidak seperti kewajipan yang lazim sebagai seorang Muslim melainkan hanya orang-orang besar, orang-orang ternama atau hanya teman-teman rapat sahaja yang diziarahi. Jika hanya orang yang kaya sahaja yang dilawat, itu bererti nasihat baginda tidak dilaksanakan sebagaimana yang sepatutnya. Segala hal yang Rasulullah s.a.w. nasihatkan kepada orang Muslim harus diperhatikan dan dihayati dan tegakkanlah tradisi ini dalam masyarakat di mana pun kita berada. Jangan membiarkan saudara kita yang miskin berada dalam keadaan yang tidak berdaya, apabila kita menziarahi mereka banyak hal-hal lain yang akan kita temui. Selain itu, jangan melawat orang sakit dengan sekadar bertanya khabar sahaja kemudian berlalu. Dengan menjenguk orang sakit itu kita akan mengetahui serba sedikit latar belakang mereka contohnya dari segi makanan, tempat tinggal dan suasana di rumah mereka. Memperhatikan keperluan-keperluan yang lain dan memenuhinya adalah kewajipan kita bersama. Sebab seorang yang miskin jika dibiarkan tanpa tempat bergantung hidup, seolah-olah dia diciptakan hanya untuk menantikan saat kematiannya. Jadi, dalam hal menziarahi orang sakit yang telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah untuk memperhatikan hak setiap warga masyarakat.

3. MENGIRINGI JENAZAH
Solat Jenazah memang dilaksanakan namun apa yang kita selalu perhatikan ialah apabila orang yang meninggal itu adalah orang besar pasti ramai yang akan datang, tetapi jika orang yang meninggal itu orang biasa, yang tidak ternama, orang jarang kelihatan mengiringi jenazahnya. Cuba perhatikan bagaimana mulianya Rasulullah s.a.w., daripada keperluan orang yang hidup hingga kepada keperluan orang yang mati pun tetap dijelaskan di hadapan kita. Oleh kerana itu jika ada seorang miskin yang meninggal dunia, haknya ada pada diri kita untuk dipenuhi. Jika semasa hidupnya kita tidak sempat memenuhi haknya, maka setelah dia meninggal dunia pun kita dapat memenuhi haknya. Rasulullah s.a.w. bersabda: Seseorang yang selalu mengabaikan orang yang hidup, dia pun tentu akan mengabaikan orang-orang yang mati.

4. MEMENUHI UNDANGAN
Rasulullah s.a.w. bersabda: Merupakan hak seorang Muslim untuk memenuhi undangan seorang Muslim yang lain. Apalah ertinya kebaikan jika hanya jemputan orang kaya sahaja yang dipenuhi, manakala jemputan orang miskin kita abaikan.
Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda: Jika anda dijemput oleh orang miskin ke rumahnya, janganlah menolak undangan tersebut disebabkan kemiskinannya. Di sini, apabila kita dijemput untuk makan makanan yang ukurannya jauh daripada makanan seharian kita, janganlah terima undangan itu kerana makanan tetapi terimalah undangan itu untuk membesarkan hati orang miskin tersebut.

5. MEMBACA ALHAMDULILLAH KETIKA BERSIN
Sesetengah orang mengatakan Islam mengajarkan hal-hal kecil yang tidak penting. Padahal dalam hal yang kecil itulah justeru terdapat satu kehidupan. Rasulullah s.a.w. bersabda, jika kita bersin, bacalah Alhamdulillah, dan yang mendengarnya harus membaca Yarhamukallah. Berdasarkan penelitian ilmu kedoktoran mengenai bersin, pada umumnya waktu seseorang bersin terdapat suatu zarah/unsur di dalam saluran hidung bergerak ke arah otak, dan jika ia sampai ke otak, ia boleh menimbulkan kemudaratan. Kecepatan daya bersin amat cepat sehingga mencapai ratusan kilometer per jam dan begitu kuatnya sehingga kita tidak dapat menahannya. Oleh sebab itulah apabila bersin kita diingatkan supaya membaca Alhamdulillah- segala puji bagi Allah, dan orang yang mendengar harus membaca Yarhamukallah (semoga Allah mengasihi engkau).
Kita sebagai umat Islam harus berusaha mengamalkan ajaran-ajaran Rasulullah s.a.w. walau sekecil manapun ajaran tersebut pada pandangan orang lain. Kita yakin bahawa semua sunah Rasulullah s.a.w. tidak ada satu pun yang membawa ke arah yang sia-sia.

Comments

Popular posts from this blog

bertabahlah.. Allah itu sentiasa di sisimu

Umrah 2023 with my family (Mak, Abah, Abang Sulong, Saya dan Adik Bongsu)

Rabu malam 01/3/2023 (09 Syaban 1444H) Bermula dengan perjalanan dari Nilai 3 ke airport klia2. Waktu ni perasaan rasa bercampur baur. Alhamdulillah Allah campakkan perasaan tenang walaupun berdebor dengan apa yang Allah nak tarbiyah di sana. Alhamdulillah sampai di klia 2 pada pukul 11.30 pm. Angkat luggage semua and then dengar briefing dari agen AET Travel Umrah. Khamis pagi 02/3/2023 (10 Syaban 1444H) Perjalanan naik flight bermula dari 12.30am hingga 4.30am. Alhamdulillah naik flight dengan selamat. Tepat 4.30 am flight naik ke langit. First day puasa sunat 9 syabaan di bumi Saudi Arabia (rasa panjang sikit masa, apa2 pun Alhamdulillah ala kulli hal). Dalam perjalanan keep berdoa moga Allah kuatkan untuk lalui setiap apa yang berlaku di sana. Alhamdulillah sampai ke Madinah pada jam 8.54am (masa Arab Saudi) king abdul aziz dengan suhu 27°. Kami tunggu bas agak lama di airport. Lebih kurang 2 jam ada rasanya. Then kami bergerak dari airport ke hotel lebih kurang 5 jam. Kami berhent

Kelebihan memberi Salam..

Assalamualaikum warahmatullah… apa khabar abang-abang,adik-adik dan juga kakak-kakak sekalian… moga sentiasa dibawah keredhaan,keberkatan dan naungan ALLAH subhanahu wata’ala… ana akan menceritakan kelebihan memberi salam melalui hadith berikut… Iblis menangis bila orang memberi salam… Sabda Nabi: “Orang2 yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong,bongkak dan tinggi diri” Sabda Rasulullah saw: “Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga”. Sabda Rasulullah SAW.:”Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia.” Lalu bertanya pula sahabat: “Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?” Sabda Rasulullah s